Instagram

14 June 2012

12 days.

Rayuan Upu, Alhamdulillah dapat tempat UiTM. Sistem Maklumat Perakaunan. But yeah, i'm pretty sure it isnt for me. I mean, dekat sini, Alhamdulillah, aku dah berjaya sesuaikan diri :') Its a big thing to me. Really big thing to me. 10 days ago, i was here crying non-stop. Wishing to go home so bad. Wishing to let go the chances here. Crying all night. But itu, 10 hari lepas.

Im so happy today. But aku serious tak tahu nak bagi tahu orang mcm mana. It just hmmm, the best feeling evah. I just love it so much. And I'm truly grateful kenal dengan Dila, Yas, Nisha, Echot and the rest. Setakat ni, diorang je mampu bagi aku gelak macam biasa aku gelak tak ingat dunia dulu hahah. And diorang lah yang aku paling rapat. Dila, comel gila weh. Aku serious tak tahan kalau dia gelak, kalau dia senyum. Ya Allah :') Comel gila comel gila comel gila rasa nak peluk je. Weh serioussss. Everytime dia gelak je Mashaallah, aku rasa nak terbang hahaha. nampak tak? Aku tak tipu. Serious ni serious! Tenang gila hati tengok dia senyum haha. Okay macam lebih pulak. Tapi serious aku tak tipu!

Yas. Yas ni manja. Manja gila :) Comel pulak tu haha. Kalau gelak pon tak ingt dunia hahah. Dia tak suka ulat, binatang. Boleh join lompat jauh atau lompat tinggi sure menang tanpa bertanding. Lol lol lol Cekeding je. Tapi kuat makan hahah. Echot, dengan loghat perak pekat dia. Aku pon sampai terikut-rikut hahaha. Orang kat sini ada macam macam jenis loghat diorang guna.

So aku yang takde loghat ni (Oh ada, loghat rojak buah -,-) mesti terikut. Kejap kejap cakap mcm org kelantan, kejap-kejap perak, kejap-kejap karang nogori. Sukahati je campur aduk. Tapi comel apa hahaha opsss. Paling suka dengar loghat kelantan. Aku mesti diam sambil dengar sambil senyum haha dan kadang-kadang ternganga sebab tak faham selalunya abe foodcourt tulah hahaha sebab serious macam cool gila doh loghat tu. Comel kan aku. Lol okay -,- Tetiba. and Nisha, student Diploma. And secara bangganya disini berkata, aku orang first yang dia kenal kat sini hehehehehe. Lol okay -,- Dia student baru jugak. heheh. masuk a day after aku masuk. She's nice. Kadang-kadang rasa nak lempang jugak XD Okay tak nisha, aku tipu je :p 

And the rest, biarlah dulu. So setakat ni, diorang nilah jadi pengubat duka lara aku. Hahaha. Okay -,- Jujur aku mula happy kat sini sebab diorang lah. Seingat aku, the first gelak yg aku gelak kat sini secara tulus ikhlas lagi menawan, dengan diorang lah. 

And kepada korang, Dila Yas Echot Nisha. Thanks for everything :) Thanks sebab sudi jadi kawan aku. Thanks sebab sudi layan aku. haha. Erm Apa apa jangan segan silu tanya aku, kalau terasa dengan aku, sila bagitahu, tau tau, aku ready mental physical nak tolong korang apa-apa, nak cerita, nak luah perasaan, cari je aku, aku sedia dengar :) and jom, 4 flat every subject. Whuhuu And and and jangan tinggal aku haha tau :3 Aku sayang korang tau Ye aku serious :) Haha tetiba macam segan -,- 

Lol okay. Yelah dah diorang je kira best friends aku kat sini selain Fara saya. so boleh nampak kan aku dah mula sayang Uniten ni and yeah sebab diorang jugak. Insyaallah, 5 tahun. 5 tahun tu lama, tapi macam sekejap je -,- Eh. Erm. Doakan kejayaan aku kat sini. Doakan aku jadi business woman yang berjaya dunia akhirat. Insyaallah. And yeah, May Allah bless you. 

To my Perfect Nine, good luck in everything. AKu takkan lupa janji kita :) Jangan lupa Allah. Jangan tinggal solat. Jangan buka aurat. Jangan salah pilih kawan (This is something important, ingat, kat luar tak menggambarkan yang dalam macam mana.) and tak semstinya yang buruk, yang nampak kelam tu tak baik untuk korang. Ingat, rezeki Allah tu luas seluas-luasnya. Doa tawakal. Jangan lupa aku ada. Aku ada untuk korang :) Love you darlings :)

No comments: