Instagram

15 February 2013

Superhero. Tak perlu baca.

OK. Aku kena cepat ni, kena sepantas kilat, sebab dah takde masa. Masa? Haah, its almost 3.30 am in the morning. And I'm going back to Lendu in 36 hours. Assignments? Confirm lah belum siap sepenuhnya. Haha. Tak mengantuk ke. Taklah, aku dah bantai tidur petang tadi punya lama. Kejadah. Okay. Here's the thing. 

http://inibelogsaya.blogspot.com/2012/12/benda-kecil-dipandang-besar.html Go read this. Penat aku scroll blog Keknis ni nak cari post ni je. hehe. So lets start.

"Sedar tak yang kita ini adalah superhero kepada seseorang?" 

Persoalan dalam entry tu. Bila aku baca post ni, dalam kepala aku ada Adik Syarah. Sedar tak sedar, memang tinggi sangat Syarah letak aku dalam kepala dia. Sampaikan cara dia dress up, cara dia bawak beg, cara dia pakai tudung, cara dia tandatangan, cara dia menulis, semua dia tiru aku. Ibu pon cakap benda sama. "She's copying you" and "She's trying to be you" Walhal apa yang aku nampak, adik ni selalu je cari pasal dengan aku. Haha IDK why. But okay ketepikan yang itu. Err but Nadiah is different. Percaya lah, aku pon tak tahu kenapa dan mengapa. Tak mampu aku nak jelaskan.

Cakap pasal kakak. Truly said, aku jealous gila tengok semorang ada yang kakak atau abang atau older siblings. Jangan tanyalah aku ni anak sulung ke apa kan. Penyepak nak? Terang bersuluh lampu spotlight kat situ. Takde untuk tiru atau idola terdekat maybe? Hmm. Macam tu lah aku dari dulu, tak tahu siapa nak rujuk. Ibu? Dalam cerita akuu...... Entahlah itu cerita lain. 

Sebab tu bila Kak Sally, Kak Auni, Kak Hajar, Kak Yana, Kak Fuza, Kak Yana Pelat, datang masuk dalam hidup aku, I feel like, Allah has sent me to the right place. Walaupun terlalu banyak konflik. Haha. Tak perlu kot cerita. Betul, jujur dari paling dalam hati aku cakap, I love them like my own sisters and siblings, termasuklah Hanisah Jamlus dan 'Ainnur Suehain, oh, Annasihah. Aku betul betul seronok dengan kehadiran diorang. Diorang tak tahu mungkin, takkan nampak selamanya mungkin, and mungkin, selama ni atau selamanya, I meant nothing at all to all of them. Well I dont mind, tak harap ada balas. Ada reason kan kenapa diorang datang dalam hidup aku? :-) And diorang. Tu diorang yang aku sebut tu, betul betul buat aku rasa kehadiran 'kakak' dalam hidup. Wow drama. Who cares. Haha hurm

Cakap pasal konflik. Well it's my fault. Bersalah kerana lupakan setiap putih ada hitamnya, mungkin? :) Takpe, sekurangnya aku belajar dan terus belajar. Dan kerana konflik permasalahan tak berhenti tu, aku makin menghargai semua yang jadi. Walaupun kenangan yang tu tak banyak, ye tak banyak tapi cukup kot, cukup buat aku tersenyum tiba tiba, ketawa tetiba, tak kurang menangis tahape hape. Lemah kadang kadang. Tapi aku kena kuat. dan sentiasa bersyukur kerana sekurangnya, nama diorang tercatat dalam hidup aku. Tercatat jadi sebahagian dari aku :-) Subhanallah, all praises to You, Ya Allah. Dan aku? Tak pernah putus harap, diorang akan terus jadi sebahagian dari hidup aku. 

Oh dan kenapa aku tak pernah putus asa facing all those conflicts? Sebab aku taknak hilang diorang. Jauh sekali, jauh dari diorang. 

Hehe macam kelakar pulak tulis macam ni. Malunya nak bermadah panjang-panjang. Tapi cukuplah. Malas pendam. 6 minutes to 4.00am. Dah, saya malu. *Tarik selimut* 

Assalamualaikum, selamat malam. 






To ayah and ibu, adik-adik, best friends, classmates, mates. Haha and dearest sisters, thank you for being part of my life and a part of who I am. Jazakallahu Khair.