Instagram

30 June 2011

Haha kawan

Orang selalu cakap, berkawan biar beribu, bermusuh biar satu. Bermacam-macam orang yang ada kat dunia ni. That's mean, bermacam-macam jenis kawan-kawan kita yang 'beribu' ni. Ada yang macam tu. Ada yang macam ni. Figure out sendiri lah yang macam mana macam tu macam ni. 

Aku ada raaamai kawan, bila dah besar sikit ni mula faham perangai dorang yang dulu-dulu. Aku ni jenis yang suka 'control' orang masa kecik dulu ;D Jahat gilaaa ! Ye, memang itulah aku. Saya bukan jenis yang duduk diam tak reti buat apa-apa, tunggu orang arah baru buat. Saya dulu budak nakal tapi bijak dan manja yang amat. Ye bijak. Betul, tak tipu. Hmm

Bila bahagia, tinggalkan lah akuu. Bila merana mula persoal mana aku pergi membawa bahu tempat kau selalu nangis :( Aku ada ramai kawan macam ni. Kelakar kan? Tapi itulah hakikatnya. Kadang-kadang macam rasa jadi bakul sampah. Semua yang tak best, campak kat sini. Walaupun kau tak perasan, tapi itulah kau :) Haha no worries. Aku tak kesah. Selagi mana aku boleh memberi, aku memberi :) (Aku jarang cerita masalah aku kat orang, aku cerita kat 'imaginasi' aku) Haha, orang mana tah. 

Jujur, saya lagi suka cerita kat orang lagi tua. Rasa selesa. Walaupun dengan ibu, satu pun tak pernah ;p memilih ;D Haha. Kat sesiapa pon takpe, asal lagi tua. Sebab, tak ada. Tak kisahlah, seniors ke, cikgu ke, tapi bukan lah pakcik guard. (melawak je) 

Bila berhadapan dengan orang macam ni, macam-macam pilihan boleh di buat. "Lantak kaulah" or "Ok, storylah.." Haha tak suka. Tapi.. Layaaaaaannnn :) 

"Ayah, tolong buka Oreo ini untuk saya."
"Ayah dapat apa?"
"Saya kongsi satu rahsia,"

Haha. seems familiar? Alahai, jatuh cinta kat budak comel tu :) 

Haha, ape motif post ni pun tak tahu. Sekadar luahan. Ada orang cakap, "Kau tulis panjang-panjang dalam blog bajet macam ada pulak orang baca," Haha, aku tak heran pon siapa nak baca. Yang penting, SAYA sendiri yang akan baca balik bila saya dah dewasa nanti. Ye, dewasa :( 
Folio seni sudah siap :) Tinggal artifak. Then, I'm freeeeeee ;D Haha. Pening kepala betul dengan benda ni :( Thanks ibuuuu <3 So much. Lepaih ni, harapan lah saya nak buat lagi benda macam tuu ==' Semalam stay sampai pukul 4 pagi, siapkan. Padan muka kau cah. Banyak main lagi ;) 

Pagi tadi tak pegi sekolah :) Hehe, kali kedua dalam tahun ni. Ye, saya bukan jenis orang yang malas pergi sekolah ;D Kalau tak sebab folio seni. Heheh. Around 12.30 tadi, pegi hantar folio harini 'last'kan. siapkan mana patut. then hanta, tinggal artifak belum. Esok dah JULAI >< Oh maaannn. Semalam ada kelas extra dengan C.Wan Fadzleen, muhaimin and adynn. Sukaaaaa ;D

Tadi, something 'fun' happened. But I had a really bad feeling about this :( Ya Allah, permudahkan segalanya. Bukan apa, takut lain jadinya nanti. Haha -.- Senyum, tak perlu kata apa-apa :)

29 June 2011

Folio seni tinggal sikit je lagi. Thank you so much ibu :) Alhamdulillah, Ya Allah, terima kasih :) Hah, penat mental. 


Fara tak marah dah :) Saya saaaaayang awak

28 June 2011

A : Weyh, kau pergi tak lawatan tu?
B : Tak....
A : Hmm, miskinlah tuu.

A conversation between a boy and a girl. Haha. They are talking about lawatan sekolah. Haih budak-budak. 'Miskinlah tu' ==' Hmm paham-paham sendirilah kan maksud dia apa. Dulu masa zaman-zaman diorang aku takut tengok budak sekolah menengah. Semua 'besar'. Haha. 

Sekarang ni dekat sekolah asyik melantak marshmallow je. Semua pasal jualan tuu. Ye, saya memang suka benda lembut-lembut untuk di telan. puas gilaaaaa ;D Hehe.

harini Fara merajuk :( Semua sebab tak layan dia. bukan sengaja. Haha. "Nama awak tersenarai diantara orang-orang yang suka keluar kelas," :) Hmm. baru perasan macam haih, banyak betul masa aku kat luar kelas dari dalam kelas. Sorry cikgu :'( Benci perasaan ni. 

Semalam dengar ceramah dalam TV. Tanyalah ustaz pasal Taubat. "Taubat seseorang tak akan di terima jika dia adalah orang yang memutuskan hubungan silaturrahim," Terus tersentap. Adakah saya antara golongan itu? Persoalan terlalu banyak. Takuuuuut buat dosa. Takut Allah tak terima ibadat. Takuuuuuuuuuuut :( 

Hah emosi. 

26 June 2011

You and me

Harini betul-betul rasa tak sihat :( badan lemah semacam. nafas pendek-pendek. hidung tersumbat xD Haha, semua sebab gastrik. angin penuh je badan. Tulah, aku ni degil sikit. Makan tak ikut TAIM ayah cakap. Makan skip-skip. Dah lah tak berkhasiat pulak tu. Sayur apakan daya, bukan kawan aku. Jealous tengok orang yang makan sayur macam makan kerepek. haha, ibulah tuu. kruk krak kruk krak. ingat makan kerepek rupanya carrot. Ecah memang makan memilih yang amat. Terbayang orang kat Gaza nun jauh sana. Makan takde pilihan. Basi pon belasah. Kesian :( 


Okay tamat :) Tak lama lagi sukan. Rumah sukan saya Suakasih sayang. Ye, kuning yang bershining shining tuu. Tapi, susah nak sarung baju tuu haha bukan sebab apa, cuba baju dia terlalu menyerlah ==' orang hujung sana pon boleh perasan. HAHA. Suakasih? Ye, yang jarang menang tuu. HAha. Truly, olahraga, or whatever is just not me. Aku suka bola. Ye bola tampar, bola tangkis. Haha bulu actually. Swimming. Skating. Apa-apalah, cuma bukan larilari, lompat atas pasir, or anything. SAYA TAK RETI -.- Haha itulah pasalnya ;p Serik larilari kena tinggal. lompat atas palang. Okay, macam nak pengsan waktu tuu. Bagi saya kawad boleh lah ;D


Dalam facebook ada ramai orang. Saya tak terima strangers. Haha, menyesal terhadap apa yang jadi dekat mespes dulu ;p Suka tengok status orang. macam macam. Tengah makanlah. Luahan jiwa perasaan. Dan even bontot berbisul pun ditulis ==' Haha, hak peribadi. Gaduh-gaduh pun banyak. biasanya, itulah yang paaaaaling panjang.


Okay sebenarnya tak sabar tunggu esok. Nak snap gamba banyak2 dengan Tok In. Ye, dan sekarang tengah lapar. Siapkan folio seni yang sedikiiiiit je lagi :) Doakan saya :D


Happy sunday. 





25 June 2011

DD

Haha DenimDomo. I made this last year. I know its kinda weird and buruk. But who cares.

Tengahari, pergi jalan Kuala Lumpur. Minah Muhaimin Adynn and Zati :) Adelah hal ;p And it was fun. Gamba nanti lah. I'm tired. Waiting for my parents and sisters back from Ikea. They left me home since I get back late from KL xP Haha. 

4 month seems to be a long time. But it is not. A lot things to do and I couldnt see the rest time. Ahhh. Mentally and physically test. Go Ecah GO xD Phewww





24 June 2011

Report Card Day

Bila masuk dewan yang sesak tuu, dah macam alahai. haha. dah pesan kat ibu awal-awal. "Kalau nak marah nanti, marah dalam kereta, jangan depan ustazah," Haha. Lepas tu berebut tmpat dengan mak tetttt. Haha. Babe, AKU DATANG DULU. So senyap je okay. Memanglah kitorang duduk tempat dekat belakang. Dah tempat depan penuh. then tetibe kamu datang duduk depan sbb depan tu, orang tu dah bangun. HAH!, seeeeeee, aku datang dulu :) So tell ur mum, sorry. tak percaya tanya mak akmar ;P Okay, marah sikit. Tak perlulah nak "Awak sesukahati potong line," Padahal ==' 


Hehe, dramaaaa. Ustazah dan Cikgu Hafizy. Terima kasih ustazah sebab bagitahu ibu saya selalu masuk lewat. Hehe. Tak marah pun :) "Ayesha jangan marah ustazah yeee," Haha, macam jahat sangat pulak aku ni :P Ibu ayah? Lepas tengok result. Haha, bebel sikit je. Fuhhh~   Lepas tu..


Nampak Amir. Ibu terus tanya haaaa, mana kelas? Amir dah cuak. Jumpa cikgu dia and blablabla. Nadhirah punya kelas pun. And I was so lega. Hehe, bebelan tidak berpanjangan :) Terus balik, ibu amik spec :D Hehe. 


The last Report-card-day in my life :(
Ya Allah, kuatkan aku..

Tadi USTAZ SYAFAWI memunculkan diri di sekolah :) Dan saya speechless habis. Rasa nak lompat ke pentas. Rasa nak sepak sekor2 budak keliling saya yang bising tahapa2 masa org bagi ceramah. Rinduuuuuuuuuu Ustaz :(

23 June 2011

Khamis

Sekolah macam biasa. Semakin busy. Study. Study. Study. Dan sebagainya. Dan sekarang sukan (?) -.- Ye. Sukan. Apelah motif mereka menjadualkan sukan dekat betul dengan exam ? Hmm. Lantak nya lah haih -.-


Tak sampai 5 bulan sebelum SPM. pertengahan tahun? Satu fail. Biology lah ape lagi :( Sedih. Tak tahu nak start dari mana. Semangat macam tinggi je. Tapi tak tahu. Perlu lebih sokongan? Mungkin. Yang lain? Ye, a confession, masih terhuyung hayang macam lalang hampir tercabut akar. Tengok orang lain. Diorang belajar macam esok betul2 exam. kalau sehari tak belajar macam bersalah habis. Tapi saya? :( Hmm. bukan tak boleh. 


Ada satu gambar nak share. Tapi gamba tak boleh masuk. Nama dia DenimDomo :) 


ps: i miss you too :'( 


Hmm

20 June 2011

priority

Hmm. The 'bad news' was really a bad news to me. And my parents was like, "No way man," And I was there pretending that I don't really care ==' Haha that's me. Huh. Lately, in these 2 years there's a lot of things happened that I've never expect it to ever happen.


You're one of the strong happy cheerful woman I've ever met. So, keep strong. I love you :')  








#Yeah. I do love people easily. No matter who you are. I keep on remembering you because it makes me happy and stronger. Where actually sometimes it is my biggest weakness.

19 June 2011

Semakin lama, semakin bosan pulak tengok background blog ni ==' Ye, header tu sekali. Haha, but no yeah, I wont change it sampai SPM habis (!) Takde masa. Akan rasa bersalah kalau spend time ubah semua ni. Kehkeh. 


Oh ye, bracess masih setia bersama saya. Degil betul -.- 

18 June 2011

Hari ni Hari Daddy :) Haha. Selamat Hari Bapa Ayah. Seperti sebelum, and always be, you're the greatest man in my life. I love you so much. Oh, yang second pic kat sebelah kanan tuu. Ayah sayaaaaa :) <3 

Ibu dan ayah saya, ada 2 tarikh lahir ==' Haha, wish I had too :P 


The annoying oranges + birumerah(=='). Without Fara and Zanee (Alahai, wish they were there too). TheeIGe


Lalala





15 June 2011

yester-day was great

Its khamis already. its 12.07am in the morning. I'm sleepy but I want to finish this first. Yeah first koko in second semester. I really had a great time with my friends :) Dalam kelas I couldnt stop laughing with Airin Mira Waya Adynn Nadia and Gamma. 


Quarter Master. We supposed to clean up all the habuk in the sport store. But we were too lazy and end up playing with the skipping rope. It was fun. Laughing hardly and we got the afternoon session students attention. Some of them were laughing too -.- Muhaimin jatuh banyak kali. Saya tersangkut banyak sangat. Afif tukang ajar. Qys record video. Adynn the best student. Minah pun not bad. Izzati and Miera tukang pusing tali ;D Airin cuba jugak, tapi nampak lebih kepada supergirl-wannabe. Shahzani and Fara takdatang koko. Fara migrain kut. Dan tentunya kalau ada dorang lagi best. Haha enough. 


Lepas tu gosip where actually cerita-cerita. Ye cerita-cerita sampai Qistina's grandma datang jemput dia balik dekat foyer. Hahahahaha. Kelako. -and I know my english is bad. Haha, at least I'm trying ==' Lol




What a day

14 June 2011

Selasa

Hello :) So the school start again :) New hope. 5 months before SPM. seriously kejap nyaa TT So result apa cerita? Haha. Math macam jatuh semacam. English pun :( Apesal tak tahulah. Yang lain semua marks tak full lagi. Tadi terdengar ada orang cakap "Hish, cikgu-cikgu ni buat ape masa cuti?" Cheh, cutilah apa lagi. Ingat kita je nak cuti? Puih. haha, sebenarnya macam tak best jugak, yelah rasa nak tahu markah cepat-cepat -.-


Okay enough for that. Bila back to school, rasa happy, rasa malas menjelma, rasa bersemangat. semua ada. Kadang-kadang jealous semacam je tengok seniors dah tak pergi sekolah. haha. macam cuti berbulan-bulan. Ye tahun depan ada macam-macam nak buat. Taknak kerja. But I will do something worth and happy and .... 


Lalalalalala. Sekarang ni semua orang sebok pasal bahasa sms lah bahasa rempit lah. bahasa bahasalah. lepas keluar paper banyak kali haritu sibuk lah nak comment sama, tak sukalah menyampahlah. padahal dia sama je -.- haha. just saying :P 


Saya? oh, jujur, tak suka bahasa yang macam ni : yunk, jewwww, lettew, kitew, cyunk. derr. macam tak sekolah je -.- tapi kalau setakat ringkasan for me okay je. yang tahape2 tu yang sampai dalam kerja formal pun buat -.- eh tapi ingat lagi dulu sukaaaa guna bahasa macam tu. ye tahu, mmg tak matang ==' checklah myspace saya. HAHAHA xD geli geli geli ==' now, eh, dah lama start guna bahasa penuh. sebab lawa :] ye lawa :) hmm. okay dah habis cakap pasal ni. fikir sendirilah


Sekolah nampak macam biasa. Hari kedua sekolah tanpa Adynn. Dia ni mmg sibuk mengalahkan penanda menteri (syarah's misspelled supposed to be 'perdana') Haha. Cikgu Tazri macam cool semacam. Ustazah buat cuti sendiri 2 hari ni. Cikgu Laili bagi kismis Mekah manis yang sedap. Ok, yang ni memang saya makan macam makan nasik. Lalala :) Tangan Fara sakit, dan saya tertekan luka dia. Alahai, sorrrry :P Minah macam bahagia semacam. Muhaimin macam makin bulat, errr. Izzati semakin kuat. Shahzani tak makan. Qistina jentik pipi saya first time jumpa -.- sakit tahuu. Afif errr entah. Mira asyik gelak je. Airin semakin biol. Gamma semakin sunyi kerana menghadap buku dan itu sungguh membuatkan saya sentiasa menguap -.- Tok In sangat comel (!). Sms melayang-layang dalam kotak fikiran. dan f semakin menyepi (?) 


okay dah habis



10 June 2011

One day, the time will come. but nobody knows. Cerita pasal Apis, aku selalu terfikir, what if aku berada di tempat tu. The time when I loss somebody I love. Somebody that gave me strength. Yes, my biggest fear in life is of losing the one that I love. My parents, my sisters, my families, my friends. 

Dulu, salah satu impian masa kecik, adalah "mati sama-sama." Haha,dulu. but its true. Whenever terfikir, mesti menangis punya. Satu hari nanti, kita semua akan melaluinya. Itu janji Allah. Semoga Allah beri kami kekuatan bila tiba saat itu nanti :') 

Ya Allah, matikan kami ketika Iman kami berada di tertingginya. Matikan kami sebagai Islam dan dalam keimanan, ketakwaan kepadaMu, dan jangan Kau matikan kami ketika dalam kekufuran, dan belum sempat bertaubat kepadaMu. Amin Ya Rabbal Alamin ;) 

Teringat Arwah Makde, opah we, opah de. Arwah nenek. Tempatkan meraka di kalangan orang-orang yang beriman. 


Alfatihah.  

08 June 2011

Doraemon

"Kalaulah wujud doraemon tukan senang,"


Haha, ramai orang berangan lebih kurang macam tu.
Well aku kenal Doraemon sejak kecik lagi. ye, ramai org pun 
Kerana Doraemon, aku jadi addicted membaca. 
Kerana Doraemon, pantang pergi MPH atau Popular, mesti beli punya komik, sampai nangis2 tahu. 
Kerana Doraemon, buku aku masa kecik2 dulu takde yang lain, semua komik doraemon.
Almari penuh dengan komik tu je. Buku lain yang ibu beli, memang jarang sentuh. kecuali buku  cerita peter and jane yang duludulu tu. ha yang tu pun banyak.  


Lepas tu dekat TV jarang terlepas. Heheh. Cd memang belambak tapayah cerita. 
See how I am so into Doraemon when I was kid? Haha. But I think ramai je budak2 zaman dulu (macam lama sangat pulak) yang addicted dengan Doraemon :D kehkeh.


Lalalala :) Tapi sekarang buku aku tah mana2 semua pegi. Terkoyak, terpisah. Semua jenis ter :) 


An an an..



Countdown. 4 days to go

Today is already Wednesday. Haha, mak aih, 4 days to go before the school starts again. Half of me was, errrrrrrrrrr, what the!? and half of me was just, YEAY :D Finally no more pening kepala asyik terperapkan kat rumah -.- 


Oh ye, takziah to my friend, Hafizuddin Adli. Ayah dia meninggal dunia semalam. Hmm. Haritu, my father's step brother meninggal. Tak tahulah nak kata rasa mcm mana. Sedih pun tak lah jugak. sebab tak close pon. Masa melawat arwah haritu, he looks very weak. Nafas pun tak teratur. cakap pun tersekat-sekat. hmm. Alfatihah. 


Yes, i just come back from Singapore last Monday. Tiring, happy, long journey as I went there by train. Huh. teringat masa pergi Kelantan dulu :) So much fun. I wish to go through the same memories again. Hoyeah :D Tapi tu nantilah cerita. 


Gambar pun, laptop lembab habis nak upload hapenya. tunggulah bila laptop molek balik :) Oh ye, pagi tadi lipas yang gerak bangun tidur. lipas okay lipassss -.- semua nadiah punya pasal. Haha, tetiba dia jerit ada lipas sebelah aku, aku apa lagi, dengan mamai nya lompat lah turun katil and tergelincir atas lantai dan palang letak beg jatuh hempap aku. Oh, tak sakit lah pun an, sebab mamai :D haha. sekarang tahukan betapa gelinya aku dengan lipas. 


Hanya lipas, cicak dan ulat lampu je boleh buat aku menjerit macam orang gilaa. Terima kasih -.- Oh ye, lagi satu tikus. Once, saya pernah buat orang yang makan kat restoran semua pandang. jalan kat luar restoran tuu, and suddenly ada tikus lari menuju ke aku -.- okay dia lari ke sini. dem. sangat macam orang gilaa, menjeritlah kan apa lagi. malunya >< 


Banyak tau kisah aku dengan binatang2 ni. Jangan lah surprise kan aku dgn benda2 tu. jadi sejarah besar kang :D Okay enough that


Sebenarnya, banyak idea tadi nak cerita, but now .......... *err* 

04 June 2011

Family :)

First of all, congratulation to my Makteh Yati yang lawa. Semoga kekal hingga akhir hayat ;) Well, great day. Hanging around with families are the best time ever. Rasa tak mau balik je tadi. Hehe. And the bride are gorgeous. Seriously :D 


Syauqi :)
Opah Inggeris -.- HAHA ;D that is what we called her. 
Sampai sekarang :) 

She's pretttaaaaaayyyy :O

Cousins and their Makngah yang maintain cantik -.- 
Shhhi, serious dia lawaaa :)

Syahirah and Inas :) 



Cousins <3




Haaaaa, I love them so muchh :)

Kan, she's pretttyyyyy :O

I dont know his name. But he's cute. My sec cousin

Dr. Maksuuu :) She's inspire me a lot (!)

Aunty Enon and Aisha Iman. Our junior ;D

Hadif <333333

Lalalala :)

Okay, tapayahlah rajin nak tgk dekat2 muka akuu. memang kelakar (tahu). Haha. Aku tengok sendiri pun gelak -.- Well, that is my third time pakai scarf macam tuu. Baru lepas solat. Bukak kejap, serabai terus -.- 

Well peeps. I love them like HOYEAHHHHH :D Seriously. Families  
Ahh, heaven :)

03 June 2011

suatu masa dulu

Well, hello :) I spend the whole day at home alone with bibik. Again. and yes, alone. Haih. Lama-lama macam ni boleh kena migrain aku -.- Yelah, duduuuuuk je. This is why I hate cuti so much. Kena duduk and did nothing. Yelah tahulah study tahulah online. Tapi duduk kan tu? T____T Derr, I miss school. 


Adik-adik is following ibu to work. Lalala. Tomorrow I'll be off to Singapore. I will be on the train. Yeah train. Ayah cakap, this we'll be our last trip to Singapore by train. Train ke sana akan stop 1st July ni. Yelah my father kan kerja dekat KTMB tu. So holiday mana-mana mesti kalau boleh naik train. Free kan ;P Dulu pegi Bangkok naik flight, balik naik train. Haha, but trust me, best tau naik train ni :)


Oh ye, Tok Cik saya ada buat blog cerita pasal moyang saya. The only moyang yang saya ingat sampai sekarang. Nenek Esah. Nenek meninggal kalau tak silap I was 6 or 7 years old kot. Dulu kalau raya mesti balik rumah die. Rumah dia best. Besar. Rumah kayu <3 Main macam-macam. Mesti riuh punya. Tapi sekarang rumah tu cuma tinggal... kenangan. haha. 


Ibu cakap, Nenek sampai ke ajal dia, dia tak lupa, means, never nyanyuk. Tua betul dia dulu. Ingat lagi, dia tak dengar, yelah dah tua kan, kurang sikit pendengaran. Kitorang cousins, kalau cakap dengan dia mesti macam jerit satu rumah. sebab dia tak dengar :) Well, I miss her. Even tak banyak memories dengan dia. I still can remember her face. katil dia depan TV dekat dengan ruang tamu. Ada pembantu sendiri :) 


Dulu nenek dengan tok penoreh getah. Dari cerita Tok cik, itu bukan penghalang bagi dorang didik anak2 diorang yang lapan orang tuu. Semua berjaya. Wahhh :D Awesome. Ibu cakap, masa aku lahir, dia adalah orang yang paling happy sebab i was named after her. Ayesha :) Hehe, bangga sekejap ^^


Bila tengok postpost aku yang zaman silam (?) macam nak ketawa je. kadang-kadang tahape hape je merapu. Hadeyh. Dulu-dulu. haha. lah sangat. 



Curi dari bamby :) Suka gambar nii ^^ 
Tok In Generation <3



02 June 2011

Cakap pasal maruah

"Budak zaman sekarang, tak sama dengan zaman dulu.. Lain benor perangainya!" 

Kata banyaaaak orang. I wonder is this true? Hmm. Maybe it is. Yelah, tengok semua orang. tengok berita. tengok blog pon dah boleh dapat banyak cerita. Remaja? Hmm. But, maybe it is not. Actually, raaaaaamai perangai nya masih elok terjaga, masih terpandu dengan Islam. Thank God, orang sekeliling aku semua baik-baik. Taklah semua. but it is more than enough :) Alhamdulillah, ibuayah bentuk aku dengan baik :') 

Actually I nak comment about the 14 years old girl yang mengaku ade maruah diri even "Ye, aku admit penah main," Hoyeh -.- Kepala lutut kau ade maruah tu namanya. derr. lepas tu, kau nak Ya Allah, Ya Allah kan. Tapi aku bukan sesiapa pun nak sebut pasal ni. But as a Muslim, for at least membenci dalam hati, wajib (!) tahuu :) 

Ya Allah, lindungi kami dari tersasar dari jalan kebenaran Mu. Hindari kami dari kemaksiatan dan kemurkaanMu. Pelihara lah kami dalam rahmatMu. Amin :)


Terima kasih semua orang yang baik sekeliling saya :)